Latihan asas keusahawanan skim usahawan siswazah Latihan asas keusahawanan skim usahawan siswazah

  mail  
 

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (SUS)

PENGENALAN

Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) untuk melaksanakan kursus dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) untuk pinjaman Tabung Usahawan Siswazah. Program ini merangkumi dua komponen iaitu Skim Usahawan Siswazah (kursus) dan Tabung Usahawan Siswazah (pinjaman).

 

KUMPULAN SASAR

Terbuka kepada sekurang-kurangnya pemegang Diploma yang telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun dan berumur tidak melebihi 40 tahun dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negeri yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi  atau Kolej MARA. Pelajar di tahun akhir, semester akhir boleh  mengikuti kursus Skim Usahawan Siswazah tetapi hanya layak memohon pinjaman Tabung Usahawan Siswazah selepas tamat pengajian dengan menyertakan transkrip keputusan penuh.

OBJEKTIF KURSUS

  • meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB);
  • Memberi latihan penyediaan rancangan perniagaan, pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan pembiayaan; dan
  • Melayakkan peserta memohon pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).

Mukasurat: 1  2  3