Tudung Untuk Minah Salleh

“Ala, jual tudung saja. Setakat jual di Chow Kit bolehlah. Dia ingat Mat Salleh pakai tudung kot.”

Saya kata beginilah. Mulakan dengan jual apa saja yang laku. Asalkan halal dan tak salah undang-undang.

Apabila sudah mula berbisnes, mulalah innovate. Mula cari pasaran baru. Cari produk baru.

Kalau tak mula bisnes, cakap apa pun betul. Apabila mula berbisnes, baru tahu langit tinggi rendah.

Usah pandang lekeh orang berbisnes, walau apa sekali pun bisnes dia. Sekurang-kurangnya dia sudah mulakan langkah pertama.

Awak?

Oh ya, sebelum terlupa. Pasaran pakaian Muslimah (dan modesty) di UK dianggarkan bernilai RM700 juta setahun. Sebahagian pembeli, Minah Salleh!

66c768ec9cbb3c1cc0181a7806bfb6d0446c5a5a
Nike juga sudah perkenalkan ‘Pro Hijab’ khas untuk atlet bertudung. Agaknya industri ini masih lekeh?

Facebook
Twitter