Skim Usahawan Siswazah (SUS)
Pengenalan
Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). Program ini merangkumi dua komponen iaitu Latihan Asas Keusahawanan Siswazah (kursus) dan Tabung Usahawan Siswazah (pinjaman).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada sekurang-kurangnya pemegang Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negeri yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) yang telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun dan berumur tidak melebihi 40 tahun.
Pemohon boleh merujuk disini untuk memastikan sijil akademik diiktiraf oleh MQA. Bagi IPTA/IPTS yang tidak disenarai atau tiada dalam carian, permohonan tidak boleh dibuat kerana ia merupakan syarat wajib memohon kursus ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Objektif Kursus:
i. Meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB);
ii. Memberi latihan penyediaan Rancangan Perniagaan yang merangkumi pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan pembiayaan; dan
iii. Melayakkan peserta memohon pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di bawah SME Bank
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Latihan Asas Keusahawanan (Kursus)
Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual Program Skim Usahawan Siswazah Tahun 2012
| NO. | BIL. SIRI | TARIKH | TEMPAT | ZON | PELAKSANA |
| 1. | 1/2012 | 26–30 Mac 2012 | Selangor | Tengah | UiTM |
| 2. | 2/2012 | 9–13 Apr. 2012 | Melaka | Selatan | UNIRAZAK |
| 3. | 3/2012 | 23–27 Apr. 2012 | Pulau Pinang | Utara | USM |
| 4. | 4/2012 | 21–25 Mei 2012 | Terengganu | Pantai Timur | UUM |
| 5. | 5/2012 | 4–8 Jun 2012 | Sabah | Sabah | UNIRAZAK |
| 6. | 6/2012 | 18–22 Jun 2012 | Selangor | Tengah | UiTM |
| 7. | 7/2012 | 16–20 Julai 2012 | Kedah | Utara | USM |
| 8. | 8/2012 | 3–7 Sept. 2012 | Johor Bharu | Selatan | UNIRAZAK |
| 9. | 9/2012 | 24–28 Sept. 2012 | Kuala Lumpur | Tengah | UiTM |
| 10. | 10/2012 | 8–12 Okt. 2012 | Sarawak | Sarawak | USM |
| 11. | 11/2012 | 5 Nov. –9 Nov. 2012 | Negeri Sembilan | Selatan | UNIRAZAK |
| 12. | 12/2012 | 19–23 Nov. 2012 | Perak | Utara | USM |
| 13. | 13/2012 | 26–30 Nov. 2012 | Kelantan | Pantai Timur | UUM |
- Terbuka kepada pemegang Ijazah dan Diploma (dalam dan luar negara) Bumiputra dan bukan Bumiputra yang tamat pengajian tidak lebih dari 15 tahun dari university yang di iktiraf.
- Berusia tidak melebihi 40 tahun dan berminat untuk berniaga.
- Layak untuk dipertimbangkan bago permohonan Tabung Usahawanan Siswazah (TUS) di bawah SME Bank.
- Yuran kursus RM250.00 (termasuk penginapan , makan minum dan nota)
Pegawai yang boleh di hubungi :
Cik Nur Ashikin Abd. Karim – 03 8885162
Pn Arni Hasliza Aziz – 03 88805795
Pn Kamariah Maliki – 03 88805171
Tempoh
5 hari (sepenuh masa : 8.30 pagi – 10.30 malam)
Kehadiran peserta wajib 100 % untuk diberikan Sijil Skim Usahawan Siswazah bagi memohon pinjaman Tabung Usahawan Siswazah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kandungan
Modul 1: Keusahawanan dan Motivasi Keusahawanan;
Modul 2: Pengurusan Perniagaan;
Modul 3: Peluang Perniagaan;
Modul 4: Rancangan Perniagaan;
Modul 5: Pengurusan Kewangan; dan
Modul 6: Taklimat Pembiayaan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuran
RM250.00 (termasuk penginapan, makan minum dan nota sepanjang kursus).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempat
Lokasi akan dimaklumkan melalui surat tawaran kursus selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh kursus.
Pemohon boleh memilih negeri (seperti dijadual SUS tahun 2012) untuk di isi di ruangan tarikh pada ‘Borang Latihan Keusahawanan’.
Bagi permohonan Skim Usahawan Siswazah, sila kosongkan ruangan Pengesahan Ketua Jabatan (Bahagian F). Pengakuan Pemohon wajib di isi pada borang tersebut.