10.Selain dari latihan apa lagi kemudahan-kemudahan lain ?
Bagi peserta Skim Usahawan Siswazah, apabila tamat kursus peserta boleh menyiapkan Rancangan Perniagaan (RP) dan mengemukakan RP tersebut kepada INSKEN sebanyak 3 salinan. INSKEN akan aturkan panel bagi pembentangan RP tersebut oleh bakal pengusaha siswazah berkenaan. Sekiranya projek berdaya maju pihak bank akan membuat penilaian lanjut dan akan memberi pinjaman minima RM20,000.00 dan maksima RM250,000.00 dengan kadar bayaran perkhidmatan sebanyak 4% setahun dan bayaran balik dalam tempoh maksimum tujuh tahun.
11. Adakah Kementerian mengadakan latihan bagi memulakan sesuatu perniagaan ?
Kementerian melalui agensi MARA ada memperkenalkan latihan berpakej di mana peserta diajar secara teori dan praktikal bidang-bidang yang ingin diceburi seperti dobi, hiasan dalaman, bakeri, kek dan hiasan, jahitan, katering dan restoran. Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan yang berbeza mengikut bidang.
12.Apakah program-program yang sesuai bagi ahli yang baru atau yang masih ingin mencari peluang atau pendedahan dalam perniagaan?
Peluang dan ruang perniagaan ada di mana-mana sekiranya kita ada kesempatan serta rajin mencari. Maklumat boleh diperolehi dari pembacaan dalam akhbar, majalah perniagaan, dari laman web dan internet, dan dari pemerhatian serta kajian khusus. Kementerian-Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan juga menyediakan pelbagai bentuk maklumat dan pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan. Untuk itu INSKEN ada menyediakan pelbagai pilihan dan jenis latihan dan maklumat berkenaan dengannya boleh diperoleh melalui Pusat Bimbingan, laman web atau pejabat-pejabat MARA Negeri dan Daerah.Antara latihan yang ditawarkan oleh INSKEN ialah Latihan Asas Perniagaan bagi orang awam dan Latihan Skim Usahawan Siswazah bagi siswazah. Melalui penyertaan dalam latihan seumpama ini maklumat tentang peluang perniagaan boleh diperolehi.
13. Saya berumur 36 tahun, kakitangan kerajaan. Adakah saya boleh mengikuti latihan ini. Jika tidak, apakah bentuk latihan dibidang perniagaan yang boleh saya ikuti? T.kasih kerana membantu.
Saudara boleh mengikuti Latihan Asas Perniagaan (LAP) selama 4 hari 3 malam dengan kebenaran ketua jabatan.
Namun demikian bagi mereka yang ingin memilih untuk bersara awal perlulah berumur 40 tahun ke atas bagi membolehkan mereka mengikuti latihan dan galakan kakitangan kerajaan untuk menceburi latihan selama 2 bulan (bagi kakitangan sokongan) dan 1 bulan (bagi kumpulan pengurusan dan profesional). Tuan boleh mengikuti mana-mana latihan lain yang bersesuaian.
14. Bolehkah seseorang kakitangan kerajaan memohon cuti tanpa rekod/ cuti bergaji penuh sekiranya ditawarkan menyertai Latihan Pewujudan Usahawan anjuran INSKEN oleh kerana bercadang akan berhenti kerja setelah tamat kursus dengan jayanya.
Boleh, dengan kebenaran ketua jabatan dan memenuhi syarat-syarat untuk bersara awal. Namun begitu, peserta LPU hendaklah meletakkan jawatan setelah menamatkan kursus LPU selama 1 bulan tersebut.