besa
kecil
reset
merah
biru
hijau
Bahasa Malaysia  |  English
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
Carian   
 
     
 

6. Apakah Latihan Keusahawanan yang boleh diikuti oleh pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) ?

Pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh mengikuti Laithan Asas Perniagaan yang diadakan selama lima hari sebagai prasyarat sebelum mengikuti Latihan Pewujudan Usahawan selama 1 bulan. Syarat-syarat bagi mengikuti Latihan Pewujudan Usahawan adalah sama dengan syarat-syarat yang ditetapkan kepada kakitangan Kerajaan yang mengikuti Skim LGP.

7. Selepas tamat latihan apakah kemudahan-kemudahan lain yang boleh membantu memulakan perniagaan ?

Kementerian akan membuat susulan kepada bekas peserta kursus untuk mendapat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun kemudahan pinjaman tertakluk kepada daya maju sesuatu projek seperti yang digambarkan dalam rancangan perniagaan sesuatu projek itu.

8. Apakah program-program pembudayaan keusahawanan lain yang dijalankan?

a. Melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), program pembudayaan keusahawanan bermula dari peringkat sekolah rendah iaitu Program Perintis Usahawan (PPU) yang melibatkan pelajar tahun 4,5, dan 6. Program yang baru dilancarkan pada tahun 2007 ini dilaksanakan menerusi mendekatan latihan simulasi, aktiviti perniagaan dan sesi motivasi berkaitan keusahawanan.

INSKEN turut menjalankan program keusahawanan di peringkat sekolah menengah menerusi Program Usahawan Muda (PUM). Peserta-peserta PUM terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat yang akan dibimbing untuk mengenalpasti peluang perniagaan, proses mendaftar dan menubuhkan syarikat, dan mengendalikan perniagaan;

b. Di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) pula diadakan Program Keusahawanan Siswa (PKS). Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Penubuhan Kelab Usahawan atau Kelab Siswaniaga sebagai pelantar kepada siswa-siswi melibatkan diri secara aktif, terancang dan terbimbing dalam kegiatan keusahawanan;
  • Menjalankan aktiviti perniagaan secara perseorangan, perkongsian melalui pembelian dan edaran dalam syarikat sendirian berhad;
  • Menghadiri seminar dan konvensyen keusahawanan khas bawah Program PPUS.

9. Apakah latihan yang sesuai dengan siswazah ?

Bagi golongan siswazah yang berhasrat menjadi usahawan pula boleh mengikuti latihan keusahawanan khusus untuk mereka iaitu Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawanan Siswazah. Latihan diadakan secara sepenuh masa selama enam hari dan lima malam. Modul yang komprehensif diatur di mana peserta-peserta bukan sahaja didedahkan dengan aspek-aspek penting teori asas keusahawanan bahkan memberikan kesempatan kepada peserta untuk mewujudkan rantaian 'networking' antara peserta dengan siswazah yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan dan juga dengan organisasi-organisasi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang dapat membantu dan membimbing usahawan siswazah. Antara kelayakan pemohon ialah berumur kurang daripada 35 tahun dan pemegang diploma atau ijazah daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan yang diperoleh dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun.

Halaman-halaman: 1  2  3