Projek Student Mall
PROJEK STUDENT MALL
1. PENDAHULUAN
Program Student Mall merupakan projek fizikal iaitu pembinaan kedai (mall), untuk ruang niaga bagi memberi peluang kepada mahasiswa yang telah mengikuti program-program pembudayaan keusahawanan di universiti untuk menjalankan perniagaan sendiri di dalam kampus. Sejumlah 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah mendapat peruntukan bagi pembinaan Student Mall.
2. OBJEKTIF
- Memberi ruang kepada mahasiswa yang telah mengikuti program-program pembudayaan keusahawanan di universiti untuk menjalankan perniagaan sendiri di dalam kampus.
- Memberi pengalaman kepada mahasiswa bagi memulakan dan menguruskan perniagaan.
- Memberi pendedahan kepada asas-asas keusahawanan untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi melahirkan golongan Usahawan Muda di kalangan mahasiswa.
Student Mall mula beroperasi pada September 2008. Terdapat 9 buah lot kedai dan sebuah bilik gerakan Sekretariat Latihan Keusahawanan. Terdapat kemudahan bekalan elektrik dan dalam zon internet wireless. Terletak di tempat yang strategik di mana berdekatan dengan beberapa buah fakulti dan hentian bas. Kesemua lot kedai telah beroperasi dan setiap pemiliknya telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mula beroperasi pada Januari 2009. Terdapat 5 buah lot kedai sahaja yang dapat dibina menggunakan peruntukkan yang diberikan. Terletak di tempat laluan pelajar dimana bersebelahan dengan fakulti, perpustakaan, pejabat pentadbiran, parking lot dan lain-lain. Setiap lot dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik serta terletak dalam lingkungan internet wireless.
Telah siap dibina pada tahun 2009 tetapi belum lagi beroperasi kerana ingin mewujudkan dan mematangkan market dikawasan tersebut. Terdapat 4 buah lot kedai dan terletak dalam bangunan Kompleks Mahasiswa yang turut menempatkan bilik-bilik kuliah dan pejabat-pejabat Hal Ehwal Pelajar. Bercadang untuk menambah booth di ruang-ruang kosong dihadapan bangunan.