besa
kecil
reset
merah
biru
hijau
Search   
 
     
 

Seminar & Bengkel Kerja

LAWATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABU BAKAR

LAWATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABU BAKAR, TEMERLOH KE KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI, PUTRAJAYA.

Tarikh   : 29 April 2010 (Khamis)
Masa    : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat :  Dewan Pameran,
               Menara Usahawan, No. 18,
               Persiaran Perdana, Presint 2,
               62652 PUTRAJAYA

    Lawatan pelajar SMK Abu Bakar bermula pada pukul 9.00 pagi disertai oleh 64 pelajar tingkatan enam atas dan diiringi oleh 8 orang guru. Lawatan ini diketuai oleh Puan Nur Hafizah Abdullah, Guru Penolong Kanan SMK Abu Bakar, Temerloh.

    Ketibaan pelajar disambut oleh En. Nik Abu Bakar, Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan En. Syed Muhammad Syed Nadzir, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

    Progam dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat MITI oleh En. Nik Abu Bakar. Sesi taklimat Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan INSKEN disampaikan oleh Cik Syahirah Shapiee. Selain itu terdapat juga sesi tayangan video Program Usahawan Muda (PUM) dan slideshow Program Keusahawanan Siswa (PKS).

    Sesi soal jawab berlangsung sangat meriah dengan pelbagai soalan diajukan berkaitan MITI, ekonomi negara, latihan keusahawanan, dana serta bantuan yang disediakan oleh Kerajaan khususnya MITI. Para pelajar telah memberikan perhatian dan komitmen yang tinggi dalam program yang dilaksanakan.

    Sebelum mengakhiri lawatan, para pelajar dan guru dibawa melawat ke Business Advisory Centre (BAC) bagi menerangkan fungsi dan peranannya. Keseluruhan program amat berjaya dan mendapat pujian dari pihak sekolah.

gambar 1
     


Gambar sekitar lawatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Temerloh

« Back