Loading Program

« Semua Program

Hasilkan Gambar Menarik Untuk Marketing Menggunakan Smartphone : Ipoh (25-26 Mac 2019)

Program ini fokus kepada cara-cara untuk menghasilkan imej yang lebih profesional dengan hanya meggunakan kamera telefon pintar. Anda akan belajar teknik-teknik yang betul untuk menghasilkan visual yang menarik untuk produk dan bisnes anda.

Pembelajaran teori akan merangkumi segala aspek dan teknik asas yang berkaitan fotografi seperti komposisi, jenis-jenis pencahayaan dan juga ‘tips’ dan ‘setting’ yang betul untuk setiap jenis fotografi khususnya untuk fotografi produk.

Pembelajaran teori ini akan diselang seli dengan latihan praktikal supaya para peserta dapat melihat dan memahami situasi sebenar apabila mengambil gambar disamping mengaplikasi teori yang telah dipelajari.


MANFAAT PROGRAM :

  • Berlatih mengambil gambar produk menggunakan kamera telefon pintar
  • Memperbaiki bukan sahaja kandungan online, malahan kandungan ‘offline’ seperti profil koporat, iklan cetak untuk tujuan pengiklanan. 
  • Mengenal pasti sasaran pelanggan dan boleh menghasilkan imej dan juga kandungan yang sesuai dengan sasaran pelanggan
  • Menghasilkan gambar menarik yang mampu mempengaruhi peningkatan jualan
  • Lebih peka terhadap kemaskini sosial media dan mula menghasilkan gambar / video yang berkualiti

TENAGA PENGAJAR : Bakat Millenia Sdn Bhd


YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan dan makan&minum)

Nota:

* PENGINAPAN TIDAK DISEDIAKAN


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Walk-in tidak akan dilayan
  • Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
     

Maklumat Program

Tarikh:
25 Mar 2019
Harga:
RM200.00

Penganjur

INSKEN
Telefon:
+603-8314 8800
Email:
event@insken.gov.my

Lokasi

Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Ipoh, Perak, Malaysia
Jalan Dato Seri Ahmad Said
Ipoh , Negeri Perak 30450 Malaysia
+ Peta Google
Facebook
Twitter