IMG_0029_sMALL
Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada semua usahawan yang telah menghadiri program pembangunan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara, INSKEN.

EWN_7788

INSKEN telah berbakti kepada masyarakat khususnya Bumiputera dengan melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti usahawan serta bertindak sebagai penyelaras dan pemudahcara latihan keusahawanan. Kejayaan melaksanakan mandat ini turut direalisasikan dengan kerjasama erat bersama sektor awam, swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

DSC_5399

Maka, INSKEN akan terus memperkasakan program latihan yang terancang bagi meningkatkan prestasi syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih tinggi.

Akhir kata, saya turut mengalu-alukan semua pihak untuk berganding bahu dalam membentuk ekosistem keusahawanan berkualiti dan berpengetahuan tinggi agar dapat memacu ekonomi negara yang mampan dan lestari.

Muhd Firdaus Azharuddin
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Keusahawanan Negara Berhad