Pengurusan Stakeholder

  1. Siapakah stakeholder bisnes anda dan bagaimanakah anda menguruskan mereka?
  2. Sebelum anda jawab soalan tersebut, mungkin elok saya tanya, “Apakah stakeholder?
  3. Secara berseloroh, saya pernah sebut “stakeholder” dan “steak holder” tak sama. Memang tak sama pun.
  4. Stakeholder bermaksud pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat kita. Ia boleh jadi pelanggan, vendor, kakitangan, NGO atau kerajaan. Orang awam juga merupakan stakeholder.
  5. Kerajaan sebagai stakeholder yang pelbagai. Ada kerajaan pusat, negeri dan PBT. Ada agensi kerajaan sebagai regulator, penguatkuasa, agensi pembangunan atau pelanggan perkhidmatan kita.
  6. Setiap satu stakeholder memerlukan cara pengurusan yang berbeza.
  7. Di organisasi saya bekerja, saya buat matrik stakeholder berdasarkan “minat” (interest) kepada apa yang kami lakukan, dan “kuasa” (influence) ke atas kami.
  8. Sekiranya stakeholder tersebut “tinggi minat, tinggi kuasa,” pastikan kita engage mereka berterusan. Mereka bukan sekadar mahu lihat outcome yang jelas tetapi juga boleh “pulas telinga” kita jika tersasar.
  9. Bagi stakeholder yang “tinggi minat, rendah kuasa,” tentukan maklumat sampai kepada mereka. Usah biar mereka mencari jawapan dari pihak ketiga.
  10. Untuk stakeholder yang “rendah minat, tinggi kuasa,” pastikan mereka melihat dan memahami manfaat apa yang kita lakukan. Fokus engagement kepada outcome dan pematuhan.
  11. Dan akhir sekali, bagi stakeholder yang “rendah minat, rendah kuasa,” cukuplah pastikan maklumat mengenai organisasi kita boleh diakses sepanjang masa, apabila mereka memerlukan.
  12. Setiap organisasi mempunyai stakeholder yang berbeza. Namun, apa yang penting ialah pastikan setiap stakeholder diuruskan dengan baik bagi mencapai objektif organisasi.

    NOBISHA
    https://www.facebook.com/nobisha

Facebook
Twitter