Penetapan Harga Produk

Penetapan harga diibarat menarik rambut didalam tepung, jika kasar cara tarikannya rambut terputus ataupun tepung berserakan.

Demikian dengan harga produk, jika harganya mahal tidak ada pelanggan dan akhirnya produk tak terjual. Apatah lagi anda menjual produk “ready to eat” yang tidak tahan lama. Nak diletakkan harga yang murah pula bimbang produk habis dijual tapi keuntungannya entah kemana. Ini lagi merungsingkan, harga diletakkan terlalu murah, bukan saja merugikan malah produk kita dilabel sebagai produk tidak berkualiti dan terjebak dalam keadaan perang harga yang akhirnya kesemua pesaing menanggung rugi.

Percaya atau tidak, proses meletak harga bukan perkara yang mudah, Ianya perlu beberapa kajian dan penelitian supaya harganya sesuai untuk syarikat dan relevan kepada pengguna.
Wah mudahnya cakap, bagaimana nak dapatkan harga sebegitu? Ada kenalan beritahu, tips yang mudah ialah kita hanya ikut harga pasaran sahaja. Kemudian kita ubah la beberapa puluh sen supaya membezakan harganya dengan kita.

Boleh juga dibuat sebegitu, namun harga produk tidak semestinya sama di setiap premis. Sebagai contoh, sabun pencuci pinggan dari jenama terkenal di Malaysia, harganya di “convenience store” mampu mencecah hingga RM7.20 sebotol. Harga di kedai runcit di kampung pula kebiasaannya RM 6.90 dan kekadang dibuat secara promosi di hypermarket hanya pada harga RM5.20.

Itu baru satu jenama, Bagaimana pula dengan pesaingnya yang lain? Harga mana yang sesuai untuk kita ikuti?

Nah, begitulah keadaannya jika kita meletakkan sesuatu harga tanpa melihat faktor asasnya. Kita tiada rentak tersendiri, kekadang tersilap langkah membuatkan kita menggigit jari.

Kekeliruan ini akhirnya membuatkan kita kurang pasti berapakah harga yang sesuai untuk diberi apabila ada pemborong yang ingin membeli dalam kuantiti yang besar.

1. Min, Mod dan Median.

Mean = purata harga
Mode = harga yang popular digunakan
Median = harga yang berada ditengah tengah julat

Untuk membantu anda, penetapan harga produk ini terbahagi kepada beberapa faktor, yang utama sekali ialah positioning harga iaitu melalui kaedah mengira purata. Anda tentu pernah dengar perkataan “min”, “mod”, “median” kan? Ya, kita belajar dalam subjek matematik di sekolah menengah. Teknik ini membantu kita “mempositionkan” harga mengikut stratergi perniagaan masing masing.

Pertama sekali, kita perlu senaraikan semua jenama-jenama pesaing yang menawarkan kelas produk dan kuantiti yang sama beserta harga yang mereka tawarkan.

sa

2. Tetapkan margin produk, selaraskan harga mengikut kategori pelanggan sasaran.
Analisa diatas memberikan gambaran corak harga dalam pasaran dengan lebih jelas. Kita boleh melihat harga mana yang lebih sesuai untuk kita positionkan dan berapakah peratusan margin yang kita perolehi dengan penetapan harga tersebut.

Jika mahu positionkan harga premium, kaedah pemasaran perlu juga seiring dengan levelnya kerana kita berhadapan dengan segment pelanggan yang berbeza.
Bagi syarikat yang menjalankan proses pengeluaran, penetapan harga sebaiknya dibuat kepada beberapa pelanggan sasaran seperti pemborong, stokis, agen dan harga pasaran (end user). Margin dan minimum kuantiti akan berubah mengikut kategori yang sesuai.

Penetapan harga sebegini akan membuatkan kita sentiasa bersedia berjumpa pelanggan yang berbeza kategori dan perbincangan menjadi lancar dan lebih berkeyakinan. Barulah kita tak terkebil kebil apabila mendapat permintaan berkontena jumlahnya.

3. Harga produk anda diakhiri dengan angka ‘9’ dan ‘7’
Produk untuk end user selalunya dipamerkan di rak rak jualan. Selain packaging dan warna yang menarik, Harga yang memainkan unsur psikologi mampu menarik perhatian pengguna.

Sedar atau tidak, kebanyakan pasaraya-pasaraya besar dan restoran-restoran ‘fast food’ menggunakan strategi ini. Strategi harga ini menggunakan ‘pendekatan psikologi’ terhadap minda pembeli. Sebagai contoh, tanpa sedar, pembeli merasakan harga produk RM 9.99 dikatakan jauh lebih murah dari produk yang berharga RM10, sedangkan bezanya hanyalah 0.01 sen sahaja.

Namun begitu strategi harga ini hanya boleh digunakan untuk produk yang mempunyai harga tetap .Tak pernah lagi saya berjumpa dengan gerai menjual goreng pisang dengan harga 0.99 untuk 3 keping. Emmm, tapi mungkin anda boleh gunakan idea ini untuk mencuit hati pelanggan anda.

Katakan anda menjual nasi lemak 0.99sen. Berikan nama nasi lemak anda ‘nasi lemak 0.99 sen (ingatkan jangan letak tanda RM di depan), kemungkinan besar nasi lemak anda akan meletop dipasaran dan pelanggan yang biasa membeli nasi lemak dengan harga RM1 akan beralih kepada nasi lemak anda.

Ini sekadar cambahan idea sahaja, mana tahu idea ini berkesan!

Facebook
Twitter