Pembudayaan Keusahawanan
Program Pembudayaan yang dijalankan oleh INSKEN melibatkan pelajar sekolah menengah, para siswa universiti dan orang awam. Objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran mengenai bidang keusahawanan di dalam komuniti dan membudayakan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.
Program Pembudayaan terbahagi kepada dua (2) sub-program iaitu:
- Program Usahawan Muda (PUM); dan
- Program Keusahawanan Siswa (PKS)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program Usahawan Muda (PUM) memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar sekolah menengah tentang penubuhan, sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Pelajar akan terlibat di dalam program latihan “hands-on” selama sembilan (9) bulan di sekolah masing-masing. Pada penghujung latihan tersebut, pelajar akan membentangkan akaun untung rugi syarikat berkenaan. Sehingga April 2010, sejumlah 13,372 pelajar dari 682 buah sekolah menyertai PUM.
Program Keusahawanan Siswa (PKS) disasarkan kepada para siswa di universiti tempatan untuk didedahkan kepada asas perniagaan dan kemahiran keusahawanan. Pada tahun 2009, seramai 47,482 pelajar dari 20 universiti menyertai pelbagai program seperti persidangan, bengkel, konvensyen, lawatan sambil belajar dan kem pembudayaan.