besa
kecil
reset
merah
biru
hijau
Bahasa Malaysia  |  English
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
Carian   
 
     
 

Pembangunan Kurikulum

Unit Pembangunan Kurikulum Keusahawanan merupakan salah satu unit yang diwujudkan bertujuan untuk memantapkan peranan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai pusat latihan dan pembangunan keusahawanan utama Negara. Kurikulum latihan merupakan komponen penting yang perlu diberi perhatian dalam merealisasikan hasrat INSKEN untuk menyediakan program latihan yang berkualiti dan terkini serta memberikan faedah dan impak positif kepada peserta-peserta latihan terutamanya kepada usahawan. Pembangunan kurikulum ini sewajarnya melalui proses mengenalpasti keperluan latihan yang akan menyumbang kepada penggubalan dan pembangunan kurikulum yang holistik dan bersepadu.

Selain itu, faktor persijilan juga merupakan elemen yang perlu dititikberatkan bagi memastikan program-program INSKEN bukan sahaja berkualiti tetapi turut menawarkan pengiktirafan yang diyakini oleh orang ramai. Fasa awal ke arah persijilan dibuat dengan meneliti pendekatan yang dilaksanakan oleh Majlis Latihan Vokasional (MLVK) dan juga komponen-komponen persijilan yang ditetapkan oleh lain-lain agensi pengiktirafan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Objektif  Program Pembangunan Kurikulum

  • Membentuk kurikulum dan modul latihan keusahawanan yang berkualiti dan berkesan melalui kaedah pembangunan dan penggubalan kurikulum yang sistematik dan bersepadu bersama pelbagai agensi awam dan swasta yang terlibat dalam pembangunan perniagaan dan keusahawanan.
  • Memastikan semua kurikulum latihan INSKEN mematuhi syarat dan komponen-komponen persijilan dan pengiktirafan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Memastikan Kementerian dan agensi Kerajaan yang menjalankan latihan keusahawanan perlu mengikuti kurikulum yang standard serta sijil yang akan dianugerahkan oleh MITI melalui INSKEN.

Aktiviti-aktiviti utama

  • Menggubal kurikulum baru mengikut keperluan yang digariskan melalui hasil Kajian Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis) serta membangunkan kurikulum dan modul-modul keusahawanan dalam industri -industri strategik yang dikenalpasti.
  • Menyelaraskan dan mengemaskini kurikulum latihan keusahawanan sedia ada bagi memastikan modul kursus dan latihan yang ditawarkan adalah terkini, berkualiti dan menepati keperluan pembangunan modal insane usahawan.
  • Mengadakan kerjasama dengan lain-lain institusi latihan keusahawanan awam/swasta dan institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara berkaitan pembangunan kurikulum, kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan dan lain-lain elemen pemantapan program-program latihan keusahawanan.
  • Menguruskan perkara-perkara berkaitan persijilan dan pengiktirafan kursus-kursus dan latihan INSKEN melaui kerjasama Malaysia Qualification Agency (MQA) dan agensi persijilan dan pengiktirafan yang berkaitan.
  • Menyelaras program Train of Trainers (TOT) iaitu satu program panduan mengajar yang akan diberikan kepada syarikat pengendali latihan/tenaga pengajar INSKEN bertujuan untuk memelihara kualiti pengajaran dan memastikan kandungan kurikulum latihan yang dibangunkan dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan kepada peserta-peserta kursus