PAMERAN MEMACU AGENDA BUMIPUTERA 2017

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan menganjurkan Pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 dan 19 April 2017
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Hall 1 dan 2, Aras 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017 merupakan acara julungkali yang diadakan oleh TERAJU yang mengumpulkan kementerian, agensi kerajaan, syarikat serta usahawan Bumiputera di bawah satu bumbung untuk Memacu Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional.

Pameran yang dibuka kepada orang ramai ini akan mengetengahkan informasi terkini mengenai Halatuju Ekonomi Bumiputera serta pelbagai aktiviti menarik seperti berikut:

• Sesi Business Pitching bersama vendor dan Syarikat Berkaitan Kerajaan/Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLC/GLIC);
• Peluang perniagaan dan pelaburan;
• Peluang untuk menyertai Projek Mega;
• Business coaching;
• Pocket Talks dengan usahawan Bumiputera berjaya;
• Sesi perkongsian peluang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia;
• Pameran Kerjaya Bumiputera;
• Sesi pitching Program SUPERB;
• Pertunjukan fesyen dan kebudayaan oleh pemenang program SUPERB;
• Penampilan istimewa artis tanahair; serta
• Pelbagai aktiviti hiburan berkaitan keusahawanan

18011166_10155225789569371_7849907742161410071_n

Masuk adalah PERCUMA!!

Muat turun Buku Program #MemacuAgendaBumiputera 2017 di sini, http://www.teraju.gov.my/buku-program-memacu-agenda-bumiputera-2017/

Facebook
Twitter