Olderpreneur

1. Kajian Kaufman Institute mendapati kumpulan umur paling ramai memulakan bisnes di Amerika Syarikat ialah dalam lingkungan 55 – 64 tahun.

2. Prime Initiative mengatakan usahawan “generasi emas” ini mempunyai “survival rate” yang lebih tinggi berbanding usahawan muda.

3. Sekiranya anda telah atau hampir mencecah umur 50 tahun dan mahu memulakan bisnes, silakan.

4. Apakah kelebihan yang anda anda?

  • Anda tahu siapa anda dan apakah yang anda mahu dalam hidup. Setelah setengah abad, anda berhenti mencari arah tuju. Apabila mencecah usia ini, tak timbul lagi soal sekejap nak kerja, sekejap nak buat bisnes.
  • Anda tahu apa yang anda suka dan minat. Ini penting kerana minat akan menentukan sama ada anda dapat bertahan atau tidak apabila diuji.
  • Anda ada lebih 25 tahun pengalaman yang boleh dibawa bersama. Anda ada pengalaman pengurusan organisasi. Anda pernah uruskan kualiti. Anda pernah uruskan kewangan. Anda pernah uruskan pematuhan. Ini tidak ada pada anak muda. Mereka mungkin ada ilmu tetapi tidak ada pengalaman. Pengalaman ini cukup berharga.
  • Anda pernah bekerja keras untuk merealisasikan kerja orang lain. Anda pernah berjaga 24 jam untuk siapkan tugas yang bos beri. Anda tahu bagaimana susah untuk hidup. Ada pernah “kelaparan” sewaktu tidak ada duit. Anda pernah tidur berbantalkan lengan. Sekiranya itu sudah anda lalui, anda bersedia.
  • Anda anda modal sosial yang baik. Anda sudah bercakap dengan semua orang dari, dari tukang sapu sehinggalah Perdana Menteri (atau Menteri). Anda uruskan konflik. Anda selesaikan pelbagai pertelingkahan. Kesemua skil ini penting dalam bisnes.
  • Anda mempunyai rangkaian sokongan yang diperlukan. Anda kenal peguam. Anda kenal akauntan. Anda tahu ke mana hendak tuju jika ada masalah berurusan dengan rakan kongsi, penjawat awam atau pembekal.
  • Anda pernah mencabar status-quo. Anda pernah tumbuk meja. Anda pernah lawan ketua. Anda pernah cabar perkara yang anda tak suka. Keberanian ini penting kerana usahawan ialah mereka yang berani menentang arus. Anda telah buktikan anda boleh.

5. Kalau begitu, tunggu apa lagi?

Facebook
Twitter