Menerokai Pasaran Luar

Selama lima tahun berkhidmat di tempat sekarang, saya semakin yakin sekiranya kita nak usahawan kita melangkah ke tahap selanjutnya, kita kena terokai pasaran luar.

Saya melihat terlalu banyak hambatan bagi sesetengah sektor untuk berkembang di dalam negara. Antaranya, pasaran kita tidak cukup besar. Sebab lain, kita boleh ulas sendiri, saya tak perlu tulis panjang-panjang di sini.

Pada masa yang sama, kita diberitahu perusahaan kita tidak mempunyai kapasiti eksport. Nak eksport mesti syarikat besar. Itulah yang dimomokkan kepada kita.

Saya mahu buktikan bahawa export is not a big boys game. Perusahaan mikro dan kecil juga boleh eksport. Saya puji MATRADE yang promosikan e-commerce sebagai platform untuk eksport. Namun, kita perlu lakukan lebih dari itu.

Apabila saya gunakan perkataan “kita,” ia merujuk kepada inisiatif swasta. Peranan kerajaan ialah menyediakan persekitaran yang kondusif dan facilitate keperluan, namun akhir sekali kitalah yang harus melakukannya.

Saya telah membiayai (wang poket sendiri) satu pasukan kecil untuk menerokai pasaran etnik di New York, New Jersey, Maryland, Washington DC dan Pennsylvania. Selama sebulan, mereka kunjungi hampir 200 buah kedai. Mereka sudah berkongsi dapatan dengan saya. Apa yang saya dengar cukup menarik.

IMG_2040

Rumusan saya mudah:

1. Kita harus fikirkan produk yang boleh appeal kepada pasaran antarabangsa atau multiple ethnics. Kalau setakat orang Melayu saja makan atau pakai, susahlah.

2. Kita kena belajar bagaimana peniaga kecil China, India, Pakistan dan Bangladesh bawa masuk produk mereka ke negara asing seperti UK dan Amerika Syarikat. Bukan semua bawa produk secara kontena, banyak juga secara kecil-kecilan. Bagaimana?

3. Kita wajar fikirkan bagaimana kita boleh bentuk satu jaringan perusahaan kecil yang istiqamah dan mahu menembusi tembok pasaran luar. Usahawan ini jangan fikir nak dapat balik duit cepat. Untuk terokai pasaran luar, kena buat pelaburan awal.

Insya-Allah hujung tahun ini saya akan sekali lagi ke Amerika Syarikat, menjadikan tiga kali saya ke sana pada tahun ini.

Memang sakit belakang melalui perjalanan jauh ini. Namun saya nekad, “kita” harus melakukannya dan saya percaya “kita” boleh melakukannya.

Norizan Sharif
Pengarah Eksekutif
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Facebook
Twitter