Memacu Bisnes Kecil ke Arah Korporat

1. Kalau kita IKAT tali leher dan IKAT tag nama untuk pergi bekerja, kita tidak bebas. Tali leher ialah perlambangan norma organisasi. Name tag ialah interaksi dalam korporat yang impersonal. Korporat ada gaya sendiri. Imbangi apa yang kita mahu dari dunia korporat.

2. Usah jadi budak hitam yang tak mahu melihat budak hitam lain jadi putih. Usahawan mesti bermuafakat.

3. Bukan semua usahawan nak besarkan bisnes. Ada juga usahawan nak kecilkan perniagaan kerana letih dengan pengurusan secara fire fighting. Apabila ada masalah, baru kita nak bertindak. Elok lihat semula cara kita uruskan bisnes.

4. Pertumbuhan bisnes ada lima (5) tahap, iaitu

  • Inception (penubuhan)
  • Survival
  • Growth
  • Expansion
  • Maturity (matang)

Kita pada tahap mana?

5. Usahawan usah labelkan diri sebagai “usahawan kecil” atau “usahawan mikro.” Istilah ini digunakan oleh agensi pembangunan keusahawanan, bertujuan mengenalpasti dan memberikan prescription kepada sesuatu bisnes.

6. Semua usahawan besar, termasuklah orang yang berniaga goreng pisang di bawah pokok. Tidak ada usahawan kecil. Usah gunakan perkataan usahawan kecil.

7. Untuk mendokong pertumbuhan bisnes, fokus kepada empat (4) perkara:

  • Bisnes
  • Organisasi
  • Usahawan
  • Sumber

8. Usah takut dengan istilah yang digunakan oleh konsultan dan dunia korporat. Contoh, perkataan “low hanging fruit,” bermaksud “apa yang mudah nak buat dan dapatkan hasil.” Gunakan bahasa yang mudah difahami.

9. Dalam pembangunan diri usahawan, kena ada tiga perkara penting iaitu

  • Aptitude atau sikap yang betul
  • Survival skill atau kemahiran untuk bersaing dan hidup
  • Aptitude atau ilmu keusahawanan

10. Mulakan dengan bangunkan road map (hala tuju), kemudian business model (strategi bisnes). Selepas itu belajar ilmu bisnes seperti pengurusan organisasi, kewangan, operasi dan sebagainya.

11. Bukan mudah untuk seseorang berhenti kerja dan keluar dari zon selesa dan kerusi empuk. Saya sarankan:

  • mula bangunkan bisnes sewaktu masih bekerja dengan syarat tidak melanggar governans yang baik (termasuk skop, waktu bekerja, non-disclosure agreement dll)
  • ada simpanan untuk digunakan bagi perbelanjaan peribadi selama 9-12 bulan
  • berhenti dengan baik dan minta majikan sokong bisnes kita.

12. Usahawan harus mempunyai kepimpinan yang hebat. Usahawan yang baik dipercayai. Trust = credibility + competency.

Norizan Sharif
Pengarah Eksekutif
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Facebook
Twitter