Perkhidmatan
- Perkhidmatan Sirkulasi
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pinjaman, tempahan dan pemulangan kepada semua kakitangan MITI mengikut kelayakan masing-masing. Urusan pinjaman dan pemulangan hendaklah melalui kaunter perkhidamtan. Bagi urusan pembaharuan pinjaman boleh juga dibuat secara atas talian, iaitu melalui telefon atau Web OPAC.
- Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan ini ialah bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat dan menggunakan sumber perpustakaan secara lebih berkesan disamping menarik penggunaan maklumat lain yang berkaitan. Pertanyaan rujukan boleh dibuat melalui lawatan, e-mel atau telefon.
- Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
Bertujuan membuat pinjaman daripada perpustakaan-perpustaaan lain sekiranya ada permintaan dari pengguna (Ahli). Permohonan boleh dibuat melalui perpustakaan MITI dengan mengisi borang Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP).
- Perkhidmatan OPAC
Melalui perkhidmatan OPAC (Online Public Access Catalogue), pengguna perpustakaan boleh mengakses dan mendapatkan maklumat ringkas dan lokasi bagi semua bahan perpustakaan.
- Perkhidmatan Kesedaran Semasa
- Edaran Keratan Akhbar
- Edaran Senarai Buku Baru
- Edaran Halaman Kandungan Majalah
- Perkhidmatan Fotokopi
Perkhidmatan ini diberi percuma kepada kakitangan MITI bagi 5 helaian pertama (kegunaan rasmi sahaja).