besa
kecil
reset
merah
biru
hijau
Bahasa Malaysia  |  English
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
Carian   
 
     
 

Perpustakaan

Pengenalan

Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) merupakan pusat rujukan bagi menyalurkan sumber ilmu dan maklumat kepada kakitangan dan pegawai kementerian.  Perpustakaan juga memberi perkhidmatan kepada orang awam, khususnya golongan usahawan dan bakal usahawan dengan membekalkan bahan rujukan berkaitan keusahawanan.

Perpustakaan MITI mengaplikasikan sistem perpustakaan berkomputer ILMU (Integrated Library Management Utility) untuk mengumpul data koleksi perpustakaan serta data ahli perpustakaan, proses sirkulasi dan OPAC (Online Public Access Catalogue).

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis :  8.30 pg – 4.30 ptg
Jumaat:  8.30 pg – 4.30 ptg
   (Tutup 12.00 tgh – 2.45 ptg)
Cuti Umum:  TUTUP


Keahlian

Semua kakitangan MITI adalah secara automatik menjadi ahli perpustakaan.

Orang awam juga boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan MITI dengan mendaftar sebagai pengunjung/pengguna. Bagaimanapun penggunaan hanya terhad kepada perkhidmatan rujukan sahaja.

Halaman-halaman: 1  2  3