YB Datuk Abdul Rahman Dahlan

YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Jun 2016. Beliau adalah ahli Parlimen Kota Belud, Sabah dan merupakan mantan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan
Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, sejak 24 Ogos 2012. Beliau ialah ahli Majlis Ekonomi Bumiputera dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Malaysian Global Innovation & Creativity Center (MaGIC).

 

dsadadas

Datuk Dr. Aminuddin Hassim

Pengarah Unit Strategi Nasional (NSU), Kementerian Kewangan Malaysia
Dr. Aminuddin Hassim bertanggungjawab membangunkan NSU sejak awal tahun 2012. Sumbangan beliau termasuk penubuhan RTC pada tahun 2013 dan RTC pada tahun 2015. Beliau juga turut terlibat dalam membangunkan National Entrepreneurship Development Office (NEDO) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC) bagi membangunkan ekosistem keusahawanan negara.

 

Dato’ Husni bin Salleh

Dato’ Husni Salleh

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU
Dato’ Husni Salleh pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), sebuah syarikat modal teroka milik kerajaan sejak September 2007 sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif TERAJU. Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan dan modal teroka. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif INSKEN.

 

01 - FIRDAUS -2-01

Muhd Firdaus bin Azharuddin

Pengarah Eksekutif INSKEN
Muhd Firdaus Hj. Azharuddin mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam industri minyak dan gas, perkhidmatan dan penghantaran (kurier), rantaian bekalan dan logistik, pelancungan, pembangunan hartanah, pengurusan stakeholder dan pembangunan perniagaan sebelum menyertai INSKEN dan kini beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif INSKEN sejak 14 Ogos 2017.