Program-program pengenalan keusahawanan bertujuan memberikan pendedahan asas dalam bidang keusahawanan kepada masyarakat umum yang bakal menjadi usahawan. Program latihan keusahawanan yang dilaksanakan ialah :
Latihan Asas Perniagaan (LAP) LAP dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai ilmu keusahawanan dan kemahiran perniagaan kepada bakal usahawan dan usahawan Bumiputera. Penyertaan adalah dibuka kepada orang awam termasuk orang kurang upaya (OKU) dan Penjawat Awam. Bagi Penjawat Awam yang berminat untuk mengikuti kursus ini, mereka bolehlah memohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan di bawah kepada Surat Pekeliling JPA(L)S177/2/22- 30Klt.4(21) bertarikh 21 Disember 1998.
Skim Latihan Galakan Perniagaan (SLGP) Kursus lanjutan bagi penjawat awam Kumpulan Sokongan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa selepas bersara.
Latihan Pewujudan Usahawan (LPU) Kursus bagi penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa selepas bersara.
Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS) Terbuka kepada lepasan Diploma atau Ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara yang telah menamatkan pengajian tidak melebihi tempoh 10 tahun dan berumur tidak lebih daripada 40 tahun.
Unit Peningkatan
Menyediakan latihan lanjutan kepada usahawan untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran keusahawanan dalam bidang khusus seperti kewangan dan pemasaran strategik, pengurusan persaingan dan ICT.