Langkah Membina Personal Branding

Bagaimana dunia luar melihat anda sebagai usahawan? Adakah umum dapat menerangkan secara spesifik tentang kepakaran dan keistimewaan diri anda? Cuba ikut lima langkah dibawah untuk membina personal branding dengan baik!

1. Keistimewaan

Anda ingin dikenali sebagai apa? Ini merupakan persoalan utama yang perlu usahawan rungkaikan bagi mencari keistimewaan dalam diri usahawan. Memang sukar untuk dikenali dalam industri keusahawanan kerana pesaing dalam bidang ini memang terlalu ramai. Oleh itu, apa yang usahawan perlu lakukan adalah dengan memilih dua atau tiga kategori spesifik untuk memasarkan kepakaran usahawan. Peluang dikenali ramai adalah lebih luas apabila skop yang diberi tumpuan lebih kecil. Sebagai contoh, jangan memilih bidang keusahawanan secara menyeluruh, usahawan mungkin boleh memilih bidang mengikut kepakaran diri usahawan itu sendiri.

2. Audit

Pernah atau tidak usahawan mencari namanya sendiri menggunakan aplikasi carian yang berbeza melalui internet? Jika belum, usahawan boleh cuba taip namanya sendiri sekarang dan lihat apa keputusan yang tertera. Antara yang mungkin dilihat melalui carian sebegini adalah website usahawan, profil media sosial seperti Facebook, Twitter dan Linkedin. Lebih baik jika keputusan carian mengenai usahawan tertera di muka satu pada aplikasi carian tersebut beserta dengan gambar. Jika tiada keputusan carian, usahawan perlu mula aktif di laman sosial dengan mewujudkan akaun media sosial serta menghasilkan pelbagai artikel menarik terbitan usahawan sendiri.

3. Website

Cipta satu website peribadi yang lebih profesional. Ceritakan tentang diri dan kepakaran anda. Isi kandungan perlulah menarik dan bermanfaat kerana website ini akan menjadi satu platform yang wajib dikunjungi oleh pelawat setiap kali membuat carian nama usahawan. Bagi membina personal branding, tidak salah jika usahawan melabur sedikit wang untuk membayar kos upah membuat website tersebut. Dari segi reka bentuk website, lebih elok yang mudah dibaca dan tidak perlu berwarna- warni kerana ia bukan sahaja nampak lebih profesional, malah kos membuatnya pun mungkin jauh lebih murah.

4. Perbincangan Media Sosial

Mulakan pencarian mengenai perbincangan di platform media sosial yang berkaitan dengan kepakaran anda. Beranikan diri untuk menyertai perbincangan tersebut dengan melontarkan kata-kata, pendapat dan idea bernas berdasarkan pengetahuan yang usahawan ada. Penglibatan melalui twitter adalah yang paling mudah dan terbuka kepada umum. Usahawan juga digalakkan untuk menulis jawapan kepada sebarang persoalan melalui blog usahawan sendiri. Seterusnya, usahawan boleh kongsikan jawapan tersebut dengan hanya meninggalkan link di mana-mana ruangan komen. Namun, harus diingat, jawapan serta komen yang ditinggalkan mestilah tepat dan relevan dengan soalan dari umum.

5. Kongsi Maklumat

Bila ada informasi yang bermanfaat, jangan buang masa. Teruskan menaip maklumat-maklumat tersebut dan jangan sombong untuk berkongsi dengan umum di laman sosial. Apabila banyak post sudah dikongsikan di Facebook dan media sosial yang lain, seeloknya sentiasa memberi respon kepada semua pertanyaan yang diajukan. Selain itu, usahawan juga perlu berinteraksi dengan orang ramai secara konsisten seperti berkongsi informasi setiap hari atau dua hari sekali.

Cuba lima langkah ini secara konsisten dalam jangka masa yang panjang. Seeloknya biarlah berterusan dan tidak terhenti separuh jalan!

Facebook
Twitter