Kualiti Majikan

Semua pekerja tidak akan dapat kualiti majikan yang sama. Lain bos anda, lainlah ragamnya. Tetapi selama anda bekerja, pernahkah anda terfikir mengenai ciri-ciri majikan yang berkualiti? Tidak kiralah anda sebagai majikan melihat kepada diri sendiri atau sebagai pekerja melihat kepada majikan anda. Cuba semak 5 kualiti di bawah:

1. BEKERJASAMA

Majikan yang berkualiti akan bekerjasama dengan kesemua pekerjanya untuk mencapai misi syarikat atau ketika melaksanakan projek tertentu. Bukan hanya tahu mengarah dan langsung tidak mengambil peduli mengenai sebarang kekangan yang dihadapi dan sebagainya.

2. PENGLIBATAN KESEMUA PEKERJA

Ketika ingin bertanya pendapat mengenai sesuatu perkara, seeloknya dapatkan pandangan dari kesemua pekerja. Jika sehingga perlu mengadakan mesyuarat untuk bincangkan perkara tersebut, apa salahnya? Sekurang-kurangnya pekerja akan rasa kepentingan dirinya terhadap syarikat.

3. PENGHARGAAN

Setiap kejayaan syarikat bukanlah hasil usaha majikan itu sendiri. Malah ia juga hasil kerjasama dari para pekerja yang bertungkus lumus berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Oleh itu, sebagai majikan anda perlulah peka dengan pencapaian setiap pekerja dan sentiasa memberi penghargaan sekurang-kurangnya dengan ucapan tahniah. Dalam masa yang sama, ia akan memberi semangat kepada pekerja untuk terus memberikan yang terbaik kepada syarikat.

4. POTENSI

Majikan akan memerhatikan keupayaan, kelebihan dan kekurangan setiap pekerjanya. Sebagai majikan, bakat atau kelebihan yang ada pada pekerja akan digilap sebaiknya untuk membentuk pekerja cemerlang. Majikan sebegini tidak hanya mementingkan diri sendiri sebaliknya turut mengambil berat tentang pekerjanya.

5. EGO

Setinggi mana pun pangkat anda, tinggalkan ego anda ketika sedang bekerja. Sebagai majikan, tidak salah jika sering membuka ruang untuk pekerja melontarkan sebarang pendapat atau kritikan yang membina. Selagi tiada sebarang tindakan yang diambil jika pekerja melontarkan idea dan pandangan, majikan anda adalah majikan yang berkualiti.

Artikel dipetik dari http://entrepreneurinsight.com.my

Facebook
Twitter