Inspirasi Usahawan – Peranan Wanita

Wanita bukan hanya berperanan dalam rumahtangga, bahkan wanita juga memainkan peranan yang besar dalam memartabatkan bangsa. Peranan wanita dalam menyumbang dan membangunkan masyarakat dan negara tidak dapat dinafikan baik dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan juga sosial. Malah dari segi agama Islam sendiri, wanita merupakan tonggak dan berpentingan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pepatah menyebut, “wanita yang menghayunkan buaian boleh menggoncangkan dunia”.

Usahawan wanita yang diketengahkan sebagai inspirasi kali ini adalah Puan Normalawati binti Kassim, pemilik syarikat Ilham Langkawi Holidays Sdn. Bhd. yang beroperasi di Pulau Langkawi. Puan Normalawati sesuai dinobatkan ikon kejayaan usahawan wanita yang berkecimpung dalam bisnes pelancongan. Beliau memulakan bisnes travel agen bermula pada tahun 2006. Bersandarkan pada pengalaman beliau yang pernah bekerja di hotel serta minat yang mendalam dan sokongan bapa mertua beliau sendiri yang pernah memiliki bot pelancongan, Puan Normalawati nekad memulakan bisnes pelancongan milik beliau sendiri.

WhatsApp Image 2017-12-18 at 8.42.59 AM

Ternyata penglibatan beliau mengubah seluruh landskap kehidupan beliau sekeluarga. Sebelumnya Puan Normalawati hanya berniaga jagung di pasar malam dengan jualan RM500.00 sehari. Berkat usaha gigih, doa serta kepercayaan bahawa siapa yang berusaha pasti ada hasilnya. Sekarang ini beliau yang hanya bermula dengan satu bot dan satu kereta sewa pada awal perniagaan, telah memilik 18 buah boat, 14 buah kereta sewa, sebuah kedai cenderamata, 25 orang pekerja dengan perolehan hampir 40 ribu sebulan.

Kunci kejayaan beliau tidak lain perlu gigih berusaha dan disiplin diri yang tinggi. Bila berhutang ia perlu dilangsaikan pada masanya. Bermula kosong pada awalnya, namun untuk bermodal, beliau membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM2000 hingga RM50 ribu dan berjaya membuat bayaran balik dalam tempoh enam bulan tanpa gagal. Beliau juga pernah memerlukan modal tambahan dan perlu meminjam dengan koperasi SAHABAT (AIM) sebanyak RM250 ribu dan berjaya membayar semula pinjaman tersebut dalam masa tujuh bulan sahaja.

WhatsApp Image 2017-12-18 at 8.43.28 AM

Puan Normalawati yang pernah menjadi ketua pusat bagi Sahabat AIM menyatakan sebagai isteri dan ibu, disebalik kejayaan usahawan seperti beliau tidak lain kerana mendapat sokongan dan kekuatan seratus peratus dari suami. Menurut Puan Normalawati lagi, bisnes perlu bermula dengan betul seperti mempunyai SSM yang lengkap, ada permit, ada lesen yang sah untuk beroperasi.

Kunci kejayaan pada beliau adalah memberikan servis terbaik, mesra dengan pelanggan serta pemasaran offline dan online yang tepat pada sasaran pelanggan. Sebagai usahawan pada beliau perlu memahami adat persaingan dalam perniagaan membina networking dikalangan ahli bisnes yang sama mahu pun bisnes berbeza bagi menimba pengalaman mereka.

Facebook
Twitter