Idea Bisnes Mudah & Murah

Kebanyakan rumah di Lembah Kelang ada aircond. Kita susah nak cari orang servis aircond yang reliable. Harga servis aircond murah. Nak mulakan bisnes servis aircond, anda tak perlu jadi pakar. Buat tiga perkara ini:

1. Buat syarikat, kemudian ambil dua atau tiga orang technician yang ada kemahiran aircond. Cari yang ada pengalaman dan yang baru tamat belajar.

2. Pasarkan perkhidmatan ini di kawasan terpilih. Tinjau kawasan perumahan, sekiranya nampak banyak aircond, itu kawasan sasaran. Buat fliers dan masukkan ke dalam peti surat. Buat infographic dan hantar melalui WhatsApp. Gantung banner di kawasan tersebut.

3. Bangunkan SOP dan pastikan technician lakukan perkhidmatan ikut SOP. Selain peralatan untuk servis, usah laburkan duit untuk beli kenderaan. Sewa kereta atau van secara bulanan.

Lekatkan sticker cantik-cantik di dinding kenderaan tersebut supaya nampak profesional.

Cara yang sama boleh dibuat untuk lain-lain bisnes, termasuklah bisnes potong rumput!

Facebook
Twitter