Cari Pekerja Yang Ada 3 Ciri Ini

Orang berjaya di tempat kerja memiliki tiga ciri penting ini:

1. Orang berjaya tidak ceritakan masalah demi masalah kepada bos. Mereka berikan penyelesaian kepada bos. Ingatlah, anda diambil bekerja untuk selesaikan masalah, bukan merungut mengenai masalah yang semua orang sudah tahu.
2. Orang berjaya tidak jadi “posmen” dengan bawa apa saja yang diterima untuk bos selesaikan. Sebaliknya, mereka proses sesuatu itu dan berikan cadangan pilihan kepada bos untuk bos buat keputusan.
3. Orang berjaya tidak berikan alasan. Orang berjaya berikan hasil. Orang gagal berikan alasan.

Facebook
Twitter