Bisnes Pertama

1. Banyak bisnes pertama bungkus kerana kita banyak idea dan tidak tetap pendirian. Mula berbisnes dengan satu idea. Azam untuk buat sampai jadi. Apabila jadi, baru kembangkan idea lain yang banyak di fikiran kita. Dalam bahasa mudah, fokus apabila memulakan bisnes.

https://pixabay.com/en/creativity-idea-inspiration-819371/

https://pixabay.com/en/creativity-idea-inspiration-819371/

2. Usah cepat mengalah apabila diuji. Ada kala ujian datang dalam bentuk pemasaran. Ada masa ujian dalam bentuk pengeluaran. Usahawan mesti jadi seperti air yang terus mengalir laju walaupun dihalang batu. Cari jalan untuk melepasi ujian tersebut.

3. Elak tinggalkan satu bisnes kemudian buat bisnes lain apabila kena sedikit ujian. Semua bisnes ada ujian. Belajar untuk bertahan. Kemampuan menghadapi ujian ini akan jadi kenangan manis apabila kita sampai ke puncak kejayaan.

4. Ada idea saja tak cukup. Nak buat bisnes kena ada road map dan strategi. Road map berikan kita “the big picture” untuk bisnes. Secara mudah, ia menjelaskan ke arah mana bisnes kita nak pergi dan apakah “milestone” atau sasaran di sepanjang perjalanan itu. Strategi pula menjelaskan apa yang perlu dilakukan untuk mancapai matlamat tersebut. Strategi lebih dari sekadar isi sembilan kotak Business Model Canvas. Strategi memerlukan kita berfikir. Business plan memuatkan kesemua itu dalam satu kerangka yang komprehensif. Business plan ialah “Waze” kepada bisnes kita.

https://pixabay.com/en/success-strategy-business-solution-2081168/

https://pixabay.com/en/success-strategy-business-solution-2081168/

5. Usah mula beri alasan. Dalam bisnes, orang nak lihat keuntungan. Berapa kita untung bersih setahun. Ini “bottom line.” Kurang bercakap, banyak buat. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

Norizan Sharif
Pengarah Eksekutif
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Facebook
Twitter