Utusan Malaysia
21 Januari 2012
JELI 21 Jan. – Program Outreach yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berjaya mendekatkan kementerian itu dengan masyarakat luar bandar di daerah ini.
Program tersebut hasil cetusan idea Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.