Business Enhancement Programme (BEP) merupakan inisiatif untuk mengenal pasti jenis bantuan dan juga penambahbaikan yang diperlukan oleh anda sebagai usahawan bagi meningkat prestasi dan skala perniagaan anda. Kaunselor Bisnes (Biskaunselor) INSKEN akan membimbing anda bagi meningkatkan skala perniagaan melalui “Pelan Penambahbaikan Perniagaan Berstruktur” dalam tempoh empat bulan.

KENAPA ANDA PERLU SERTAI

  • Bimbingan secara terus daripada Biskaunselor
  • Membangunkan rangka pencapaian bisnes (business milestone)
  • Menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan pendapatan usahawan (sekurang-kurangnya 20%)
  • Merancang keperluan menambah pekerja

APA YANG AKAN ANDA DAPAT

SYARAT PENYERTAAN

  • Perniagaan telah beroperasi lebih dari dua (2) tahun
  • Mempunyai rekod jualan & simpan kira perniagaan
  • Perniagaan sudah berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
  • Terbuka kepada usahawan dalam semua industri
  • Komited dan fokus sepanjang mengikuti program

PENDAFTARAN

Untuk mendaftar, sila klik : www.rebrand.ly/BEP2019