Bagaimana Dunkin Donut Jual Kopi Seperti Nasi Lemak Panas

1. William Rosenberg memulakan bisnes katering dengan modal $1,500. Dengan modal itu, dia membeli teksi terpakai dan menukarnya menjadi food truck.
2. Selepas beberapa lama, dia sedar bahawa 40% jualannya datang dari dua produk iaitu kopi dan donut.
3. Pada tahun 1948, Rosenberg buka kedai pertama di Quincy, Massachussets, bernama Open Kettle. Nama itu bertukar menjadi Dunkin Donut dua tahun kemudian.
4. Apabila Starbuck dibuka pada tahun 1995 di Boston, Dunkin Donut mula menghadapi cabaran pasaran kopi.
5. Orang datang ke Starbuck untuk minum kopi sebagai satu gaya hidup (lifestyle).
6. Untuk bersaing, Dunkin Donut memposisikan kopi sebagai “minyak” yang diperlukan untuk menjalani kehidupan harian.
7. Maka, kempen “America Runs on Dunkin” diperkenalkan pada tahun 2006. Tujuh tahun selepas itu, jualan di Dunkin Donut meningkat 66%.
8. Hari ini setiap pagi ramai orang beratur untuk beli kopi dan donut di Dunkin Donut sebagai sarapan.
9. Setiap tahun, Dunkin Donut menjual 1.7 bilion cawan kopi di 11,300 lokasi di seluruh dunia, di mana 8,500 kedai berada di Amerika Syarikat.
10. Belajar dari Dunkin Donut. Sekiranya kita ingin terus “hidup” apabila berhadapan dengan saingan baru, lakukan inovasi dan buat positioning baru. Usah bertembung. Biar orang pergi Starbuck untuk “lifestyle” asalkan orang datang Dunkin Donut untuk “isi minyak” – sama seperti kita beli nasi lemak setiap pagi!

NOBISHA
https://www.facebook.com/nobisha

Facebook
Twitter