Asas Pengurusan Kewangan Syarikat

  1. Usahawan mesti tahu REVENUE atau perolehan tahunan syarikat; angka semasa dan sasaran. Dalam bahasa mudah, berapakah jualan setahun. Ambil tahu juga berapakah pertumbuhan perolehan tahunan.
  2. Orang yang tak tahu revenue samalah seperti pilot yang tak tahu dia terbang di mana. Elok bungkus bisnes kalau tak tahu revenue. Sebodoh-bodoh orang makan gaji pun, dia tahu berapakah gaji dia sebulan.
  3. Usahawan juga mesti tahu PROFIT MARGIN bisnes dia. Bandingkan profit margin itu dengan industri yang disertai. Pastikan profit margin bisnes setara atau lebih baik dari industri.
  4. Usah buat bisnes dengan “buang harga.” Cara ini tak sustainable. Kalau revenue besar tetapi profit margin rendah, penat bekerja hasil tak seberapa.
  5. Revenue besar, profit margin tinggi – bagus. Bagaimanapun pastikan CASH FLOW atau aliran tunai juga bagus.
  6. Kalau revenue kita RM1.2 juta tetapi dapat duit tersebut pada bulan Disember (hujung tahun), bagaimana nak bayar gaji dan kos operasi yang lain? Bukankah lebih bagus sekiranya duit masuk RM100K setiap bulan selama 12 bulan?
  7. Apabila cash flow tak bagus, kita seperti orang kena asthma, bernafas tapi tak cukup. Penat. Penat. Kalau orang tanya, kita jawab ada duit, tetapi semuanya masih di tangan orang lain.
  8. Satu lagi angka yang perlu ada di hujung jari usahawan ialah KOS OPERASI, meliputi kos pengeluaran, gaji dan manfaat, dan pemasaran dan pengiklanan.
  9. Formula bisnes cukup mudah. Nak buat duit banyak, tingkatkan revenue, kekang kos operasi supaya tidak naik. Atau, kalau naik pun, lebih perlahan berbanding revenue. Kalau revenue turun, pastikan kos operasi juga turun. Usahawan mesti berani buat keputusan. Kalau kena potong, potong kos. Usah tangguh. Usah teragak-agak.
  10. Kesemua angka-angka besar ini haruslah ada di hujung jari usahawan. Bisnes ialah “permainan angka.” Kalau kita faham perkara-perkara asas ini, mudah untuk kita uruskan syarikat, insya-Allah.NOBISHA
    https://www.facebook.com/nobisha
Facebook
Twitter