7 Soalan Sebelum Mula Bisnes

Dalam bisnes, ada risiko. Bagaimanapun kita boleh meningkatkan peluang kejayaan dengan perancangan dan persediaan yang baik.

1. Adakah anda “self-starter”?

Dalam bisnes, anda harus merancang projek, menguruskan masa dan “follow through” setiap perancangan. Tidak ada siapa yang akan menyuruh dan memaksa anda. Sekiranya anda bagaikan pahat dan pemukul, usah buat bisnes. Ia tak sesuai untuk anda.

2. Adakah anda boleh berinteraksi dengan personaliti yang pelbagai?

Usahawan perlu bekerja dengan ramai orang, termasuklah pelanggan, vendor, kakitangan, dan profesional seperti peguam dan akauntan. Mereka juga berurusan dengan pegawai kerajaan. Sekiranya anda menghadapi kesukaran berinteraksi dengan kepelbagaian ragam manusia, cari pekerjaan lain.

3. Adakah anda buat keputusan dengan baik?

Usahawan mesti buat keputusan dengan cepat, secara bebas dan dengan tekanan. Bagaimanakah anda membuat keputusan dalam keluarga dan di tempat kerja selama ini?

4. Adakah anda mempunyai stamina fizikal dan emosi untuk bisnes?

Bisnes menjanjikan ganjaran yang besar. Namun, ia juga kerja berat. Adakah anda mampu bekerja 12 jam sehari, tujuh jam seminggu?

5. Adakah anda mampu merancang dan mengurus dengan baik?

Beberapa kajian mendapati perancangan yang lemah adalah punca sebahagian bisnes gagal. Perancangan kewangan, inventori, jadual dan pengeluaran yang baik boleh meningkatkan potensi kejayaan.

6. Adakah anda mempunyai kesungguhan?

Ramai usahawan berhenti sekerat jalan. Adakah anda mempunyai semangat untuk bersaing seorang diri? Nak buat bisnes, kena ada motivasi diri yang tinggi. Orang yang sensitif dan cepat terasa hati sukar untuk berjaya dalam bisnes.

7. Adakah bisnes menganggu keluarga?

Beberapa tahun pertama bisnes amat berat. Ada kala anda berhadapan dengan cabaran kewangan. Ada ketika, masa tak cukup. Malah, yang sudah lama menjalankan bisnes juga menghadapi cabaran yang sama. Anggota keluarga mesti faham dan sedia beri sokongan.

Facebook
Twitter