5 Peringkat Usahawan

Kejayaan yang diimpikan semestinya bermula dari bawah. Walaupun begitu, setiap usaha (jika dilakukan dengan baik) pasti membuahkan hasil. Kebiasaanya usahawan akan melalui beberapa peringkat sebelum menempah kejayaan. Peringkat yang harus dilalui adalah:

1. Permulaan

Kebanyakan dari usahawan yang berada di peringkat ini merupakan lepasan Ijazah mahupun diploma yang masih mencari peluang pekerjaan. Keusahawanan menjadi aktiviti mengisi masa lapang di samping menjana pendapatan secara kecil-kecilan dengan melakukan aktiviti perniagaan. Ada juga usahawan di peringkat ini yang masih bekerja tetapi ingin menambah punca pendapatan. Cabaran meghadapi situasi bekerja sambil melakukan perniagaan ini amat tinggi kerana terpaksa membahagikan komitmen kepada dua bidang yang berbeza. Semangat yang berkobar dan daya juang tinggi perlu ada dalam diri agar usaha di peringkat permulaan ini tidak kecundang di tengah jalan.

2. Pemilik Tunggal

Perniagaan menjadi lebih serius dan usahawan mengambil langkah seterusnya iaitu mendaftar nama syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Apabila sudah yakin dengan perniagaan yang dijalankan, ada di kalangan pelajar lepasan universiti akan meneruskan bidang ini dan tidak kurang juga yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Tumpuan 100 peratus akan diberikan, manakala segala tugas yang berkaitan tidak kira dari segi teknik pemasaran mahupun berhubung dengan pelanggan dilakukan oleh pemilik perniagaan ini berseorangan tanpa bantuan pekerja lain.

3. Bos

Di fasa ini, urusan perniagaan pastinya semakin bertambah dan permintaan juga semakin tinggi. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengambil pembantu atau pekerja agar pengagihan tugas dapat dilakasanakan. Tetapi harus diingatkan, kepercayaan tidak boleh diberikan 100 peratus kepada pekerja.

4. CEO

Kepercayaan mula diberikan kepada pekerja. Kebanyakan tugas sudah diserahkan kepada orang bawah dan pemantauan dilakukan melalui mesyuarat mingguan atau bulanan sahaja. Peringkat ini usahawan tidak lagi memikirkan cara untuk menjalankan perniagaan. Sebaliknya, tentang perkara-perkara lebih besar seperti cara untuk mengembangkan bisnes, risiko yang mendatang, atau pun melakukan pelaburan dalam bisnes.

5. Korporat

Ini merupakan tahap tertinggi di mana presiden syarikat akan mencari peluang untuk melakukan pelaburan yang lebih besar. Memantapkan hala tuju syarikat adalah keutamaan untuk difikirkan serta masa depan syarikat untuk jangka masa bertahun-tahun akan datang. Di peringkat ini juga usahawan akan lebih berani mengambil risiko besar demi menjana pendapatan syarikat.

Jadi anda di peringkat yang mana?

Facebook
Twitter